|
31Mac 2012 ( Sabtu ) – Karnival SkillsMalaysia Koridor Utara 2012
anjuran JPK Wilayah Utara dengan kerjasama Koridor Utara Malaysia
telah diadalkan pada 31 Mac hingga 1 April 2012 yang bertempat di
Dewan Besar Sungai Dua, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
Karnival tersebut telah berlangsung dengan meriahnya dengan kehadiran
pengunjung-pengunjung dari seluruh negara.Karnival telah dirasmikan
oleh YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah Pendaftaran dan Penempatan Latihan,
Pameran dan Demo Kemahiran oleh Agensi Latihan Kemahiran Awam dan Swasta,
Pertandingan Kemahiran dan Cabutan Bertuah.
IKBN Jitra turut mengambil peluang ini dengan menganjurkan Pertandingan
Mencanting Batik dan Pertunjukan Fesyen Batik. Kedua-dua pertandingan dan
pertunjukan fesyen yang berasakan batik ini telah berjaya mendapat sambutan yang
sangat menggalakkan dari orang awam.Selain dapat mempromosikan kursus yang
terdapat di IKBN Jitra, program seperti ini juga boleh dijadikan sebagai platform untuk
memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar IKBN Jitra tentang keperluan industri
semasa.
Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat terutamanya semua tenaga pengajar
dan pelajar Jurusan Rekaan Batik dan Jahitan Pakaian Wanita serta tidak lupa kepada
Team Promosi IKBN Jitra. |